Nuffnang Ads

Shaklee Order Form

Shaklee Order Form - Adwa's Eye Supplements For Life










 

Email form generated by 123ContactForm

Why Do I Need Supplement?

26 Jun 2011

SINGAPORE ZOO

Harini hubby bawa kami ke Singapore. Ape kata aku bagitau korang, dengan SGD100, korang boleh jalan-jalan tengok Singapore? Hehehehe...

Flight dari LCCT jam 7.45 pagi,so semua kena bangun awal. Nasib baik la si kecik ni pun bangun awal. Kol 5 dia dah bangun dan menangis-nagis kena paksa mandi. So, kepada sesiapa yang nak bawa anak kecik, it is not advisable untuk amik flight pepagi buta macam kite orang ni. Naya kat budak dan mak bapak budak. So kiteorang kua umah kol 5.30am dan pegi umah sepupu hubby dulu untuk park kete, dan dia hantar kiteorang sampai ke LCCT. Sampai LCCT dalam kol 7, tapi terhegeh-hegeh nak cari kat mana nak check in lagi, maka kiteorang lambat sikit sebab tak leh web check in awal-awal since kiteorang bawa baby. Please bare in mind, kalau ada bawa baby, hanya boleh self check in, jadi korang perlu datang awal sekurang-kuranyer sejam untuk check in.

Since kiteorang agak lambat, so tak sempat brekpes pun,lepas check in terus jer masuk gate dan sampai Changi Airport around 8.30am. Then ke imigresen untuk isi borang, cop passport dan terus grab information/ peta Singapore sebab kiteorang harini memang terus nak ke Singapore Zoo. Lepas tu terus cari baby room sebab nak tukar pampers Adwa. So bila korang sume ke negara orang, first thing kena buat lepas landed is, cari information counter. Baby room kat Changi Airport ni best, ada air panas sume, same je macam airport kite.

Auntie kat information counter ni friendly sesangat, siap ajor macam mana nak ke Singapore Zoo. So jap lagi aku akan ajor korang macam mana nak jenjalan kat Singapore dengan bajet less than sGD100. Best tak???

OK, lepas dapat info lebih kurang dari makcik ramah tu, kiteorang gi melantak kat Burger King. Since aku brekpes dengan HL shake aku, hubby sorang jer yang makan. Dia makan burger, dan aku add on hash brown untuk si kecik, total semuanya SGD7.65.

Lepas bekpes, baru kiteorang gerak nak cari MRT. MRT kat terminal 2(airport ni kat Terminal 1) so untuk ke Terminal 2 korang kena naik Skytrain. Skytrain ni free ajer...

Sesampainyer kat Terminal 2, terus cari jer MRT. Singapore ni senang, sebab signboard banyak. So kalau korang single and first time traveller macam kiteorang ni pun tak de masalah sangat. So untuk ke Zoo, kiteorang kena naik train ke Ang Mo Kio. Boleh beli tiket straight to Ang Mo Kio, tapi kena tukar-tukar train. So tiket ke Ang Mo Kio SGD3.10 sorang. So untuk dua orang (budak kecit bawah 90cm tak perlu bayar, ada diaorang letak ukuran kat dinding tepi mesin beli tiket) is SGD6.20.

So naik train tu, train akan stop ke Tanah Merah. So kat Tanah Merah korang kena turun. Dari Tanah Merah, korang kena naik train untuk ke City Hall. So sepanjang jalan tu korang boleh tengok sekitar Singapore ni macam mana. Banyak umah flat. Hehehe... Sampai kat City Hall, tukar train lagi untuk ke Ang Mo Kio. Total travel time lebih kurang sejam kot camtu...

So sampai ke Ang Mo Kio, perut aku giler lapar. So malas nak jalan banyak, kiteorang, erm, aku belasah Big Mac McD jer. Hubby nanak makan, dia kata kenyang makan Burger King tak abis. So set Big MacNgan satu add on air, total SGD7.69.


Lepas makan kiteorang erak ke bus terminal. Bus terminal ni same building jer dengan MRT punyer building. Tak yah jalan jauh-jauh. Singapore ni aku respek tol public transportation diaorang. On time dan tempat dia sangat bersih. Tapi nak cari food court? Toksah ler... tadak food court ooiii...

Ok, untuk ke Zoo, kena naik bas no 138, tambang SGD1.80 sorang. Total tambang bas, SGD3.60. Tempat menunggu bas dia best, tak denyer korang kena makan asap ker aper, sebab tempat dia bertutup.

Ok, so Adwa enjoys a lot ride dari Changi Airport ke Ang Mo Kio dan trip bas ke Zoo. Bas 138 ni akan drop korang bebetul depan Zoo Singapore.

Tiket masuk ke Singapore Zoo ada a few rates, korang boleh tengok kat website dia www.zoo.com.sg. So kiteorang pilih pakej Super Saver yang includes Tram and Boat rides. Kepada korang yang day tour dan tak der sewa hotel atau plan nak overnight kat JB, korang boleh sewa locker untuk simpan barang-barang. Harganya SGD3 per locker. Kiteorang sewa satu, sebab barang Adwa terlampau bayak. Itu hasil kebijakan aku tak export baju dia awal-awal bersama-sama sekali baju kiteorang ke JB masa Kak Ayu datang haritu. Sape yang bawa baby pun boleh sewa stroller jugak, so korang tak perlu bawa stroller besar gabak dari Malaysia yer. Sewa stroller, SGD9 per stroller.

Masuk jer dalam zoo, korang kena terus cari schedule animal show dia. Since kiteorang samapi pun dah kol 1 camtu, so kiteorang terus kejar show Animal Strikes Back kol 2.30pm kat Amphitheatere. Erm, show i Adwa tak berapa nak gemor sangat, sebab masa memula show ada dua ekor gajah dah bertempik. So Adwa sangat benci yer dengan menatang yang suka bertempik ni. Dia sorang jer yang boleh bertempik. Hehehehe...

Lepas show, kiteorang naik tram pusing-pusing zoo, saje nak tengok besar mana zoo ni. Besor ler juge, hehehehe. Lepas pusing-pusing, kejar Elephant show lak kol 3.30pm. Show kni okay laa.... Tapi disebabkan insiden gajah bertempik tadi, Adwa tak mo pandang pun gajah-gajah yang tengah buat show tuh. Nyampah katanya. Ngeh.

Tengok punyer tengok show gajah, terpaksa berkejar satu zoo pulak nak tengok animal show kat tempat bebudak main air, aku tak ingat pulak nama tempatnya. Pergh... Rasa hilang ber kg2 berat aku nih. Hehehehehe.. Animal show dia pun buleh la, untuk impress bebudak ok la kot.

Pastu berkejar lak ke Amphitheatre balik nak tengok Sea Lion buat show.. Alah.. Macam kat Zoo Negara pun ada jugak. But Adwa suka giler dengan Seal tu, sampai tepuk-tepuk tangan cakap "...dai" (pandai).

Dh abis show kiteorang ingat nak naik boat tapi tak sempat dah sebab last ride is 5.30pm. So tak dak rezeki lah. Lepas abis show dalam kol 6 kiteorang naik tram ke exit Zoo (sebab dah penat sangat nak jalan) dan sayang belikan icy slush 2 botol. Sebotol SGD5.90. Bukan nak minum sangat pun, nak botol jer, hehehehehe... Then kiteorang kua dari zoo, kiteorang lepak depan KFC Zoo Singapore, beli mashed potato buat syarat je, hehehehe. Hargenyer SGD2.90

Then gi mandikan Adwa japs sementara tunggu Kak Ayu sampai. Erm, baby room dia, erm, tak la seperti ak bayangkan pun Singapore ni. Kotor jugak toilet dia.

Ok, tu la dia citer sikit trip honeymoon kiteorang ke Singapore Zoo, backpackers style (sebab baju dah export awal-awal masa Kak Ayu datang KL). Do here's a list untuk korang yang bercadang nak ke Singapore Zoo backpacking style:

1. Air sekurangnya 1 liter
2. Baju spare untuk anak
3. Keperluan baby (susu, air, makanan, pampers, towel, ubat kalau perlu, toiletteries)
4. Topi - tak payah, zoo ni tak panas, banyak pokok. Siap berangin lagi.
5. Baju - pakai baju yang bersesuaian dan menyerap peluh, sebab korang akan berpeluh-peluh nak mengejar show hehehehe... Untuk baby, better pakaikan sleeveless.
6. Duit - of course. kiteorang tukar SGD 310, tapi pakai SGD94.80 jer total kesemuanya untuk perbelanjan sehari kat sana. Marbeles, Marbeles...
7. Kalau hari panas sangat, mandikan baby korang kerap sikit, dont worry dalam zoo banyak toilet yer.
8. Banyak bertanya - ada perumpamaan, kalu korang pergi sekolah sure korang pernah dengarkan, "malu bertanya, sesat jalan" maka kiteoranglah pasangan paling tak malu didunia harini. Tanyer jer macam-macam kat Singaporean kat sini. Alah, kalau korang malu, meh aku bagi tips. Pegang peta Singapore kat tangan, sambil tu buat-buat sembang dengan laki korang dan buat sikit muka konpius sambil menjeling mencari mangsa yang akan korang jadikan tempat bertanya nanti. Bila dapat orangnya, terus tanya sambil bawak peta kat tangan dan tunjuk kat dia "Macam mana saya nak pergi tempat ni?" aha... kan dapat cover sikit keMALUan korang tuh...
.
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...